assalamualaikum,
hai ! lama tak update. err, ye ke? tipu je. baru semalam kita hapdet :P tadi saya pergi Dewan Politeknik Port Dickson, UMNO bagi duit untuk budak-budak yang dapat 4A's, 5A's for UPSR dan 6A's, 7A's, and 8A's for PMR. saya happy sangat dapat jumpa balik kawan-kawan lama. ada yang masuk SBP datang pakai baju batik sekolah diorang ;') rasa macam baru je semalam bergurau senda ngan diorang. bergelak tawa ngan diorang. sakat menyakat ngan diorang. tak sangka dah hampir 2 bulan kitorang tak bersua.
rindu sangat-sangat kat diorang. khaizizi dapat masuk SBP. tadi dia datang pakai baju outing diorang. sumpah , saya rasa rendah diri sangat. Dulu saya rasa taraf saya dan amirul saya lagi tinggi, tapi siapa sangka, dia yang berjaya. #mcam orang dah putus harapan nak berjaya je ;p athirah dah pergi sekolah agama. jeles tengok dia pakai baju outing sekolah agama, baju batik. ada 2 orang budak sekolah saya yang sama sekolah dengan athirah. Fhariz Iman, budak yang paling suka loyar burok. pendek kata, orang sume pandang rendah dekat dia. bukan lah pandang rendah, tapi tak berapa hiraukan kebolehan dia. dia pun tak pernah tunjuk selama nie.
rindu sesangat loyar buruk-loyar buruk fhariz iman. kau tetap berjaya :') dalam kelas saya sekarang nie (2012), budak dah bercampur-campur. entah dari sekolah mana. tak semeriah kelas tahun lepas. mungkin jugak meriah/bising semacam sebab dah 6 tahun kenal , kan? dekat 1 Arif langsung bosan !
mungkin ini kali terakhir kitorang berjumpa. itu pun tadi ayah saya mintak balik awak. argh! geram sangat. kenapa lah lelaki susah sangat nak faham ? ok, sambung balik. kalau pun kitorang ber-jumpa lain kali, tapi mesti dah tak sama. walau serapat, seintim mana pun kitorang, mesti dah tak sama. buat lah kecoh sampai pengsan burung murai, tetap TAK sama!
Kitorang masing-masing lain sekolah. so agaknya siapa kami 20 tahun akan datang? saya betul-betul takut kitorang takkan jumpa lagi. saya rasa bersalah sangat dekat athirah. most 2 months tak jumpa padahal selama nie jumpa hari-hari, dia mintak saya tunggu dia kejap. i promised her that i'll be back. tetiba ayah saya ajak balik. dah puas pujuk ayah , balik kejap lagi. tapi ayah kejammmm ! sedihnyaaa !

saya takkan delete gambar nie . korang percaya tak cikgu tu ada kuasa? saya cakap betul nie, saya tak tipu. dia ada kuasa , iaitu: membuat semua orang faham apa dia ajar. hebat, kan????





